Saturday, June 08, 2013

it's always darkest before the dawn. (a comeback from me)

pertama, this gonna be one hell of an entry. panjangnya ya ampun.

kedua, betul, aku sudah kata saya tidak mahu menulis lagi, namun aku rasa agak sayang kalau blog yang ini dibiar sepi.

maka, aku berkeputusan untuk menulis semula. mungkin tidak selalu, memandangkan my job demands a lot of my time, dan aku bakal berumah tangga seminggu dua lagi.:)

ketiga, pokok utama entry ini;

moving on. 

ramai yang bertanya, bagaimana aku boleh move on. bagaimana aku bangkit semula setelah jatuh terjelupuk menyembah bumi? bagaimana aku boleh tinggalkan saja kisah cinta bertahun-tahun lamanya dan kuat semangat sehingga boleh bertemu dengan si dia yang kini mengisi ruang di hati?

aku seperti kau juga. heart brokennya masya Allah. sakitnya bukan kepalang. air matanya jatuh berbesen. tiap hari aku bangun aku hanya mahu survive through the day. tiap hari aku tidur bertemankan kenangan dan air mata. 

and this does goes on for few months. sehingga aku bertemu dia yang bakal aku kahwini ini. 

berulang kali sudah aku katakan, dalam entry-entry sebelum ini juga, yang kau tidak akan dapat melupakan seseorang yang pernah singgah dalam hati kau. unless kau kena amnesia atau Alzheimer. kau tidak akan dapat melupakan dia.

what you can do is to move on, meaning to learn how to live WITHOUT that person. 

ya, aku faham. susah mahu move on. kenapa? kerana kau sudah biasa. kau sudah biasa dia ada. si dialah orang pertama kau cari untuk meluahkan perasaan, si dialah orang pertama yang ajar kau makan itu makan ini, si dialah yang selalu bawa kau ke sana sini, si dialah orang pertama yang menemani kau siang malam. 

dia, dia, dia. 

dan bila dia tiada, kau jadi takut. keliru, sunyi, sepi. kau tidak biasa dia tiada. walau dia tiada literally, cukup dengan kenangannya pun tak apa. asal kau selesa. kalau kau mahu ke depan, ini bermakna kau tinggalkan your comfort zone. macam mana mahu ke depan, memandangkan yang ada di depan itu adalah one big uncertainty. yang mana kau tidak tahu apan akan terjadi. and admit it, uncertainty terrifies everyone. 

bila orang tanya, 'dia dah buat kau macam-macam. kenapa kau ingat dia lagi?'

kau bagi alasan, 'tapi aku dah bertahun kenal dia. macam mana nak tinggal macam tu je?'
(alasan biasa kan?)

soalan aku cuma satu, dia pun kenal kau bertahun, but that doesn't stop him from leaving you behind, kan?

HE MOVES ON. SO WHY DON'T YOU?

bukan mudah untuk move on. itu akui akui. but after I went through it, aku rasa aku a living proof that it can be done. maka, aku mahu kongsi sedikit pengalaman dan apa yang aku buat sepanjang beberapa bulan itu.

1. CUT OFF ALL CONTACTS.

and I seriously meant all. facebook, whatsapp.wechat.instagram, twitter. message apatah lagi bergayut mahupun keluar berjumpa.block semuanya. buang nombornya. unfollow si dia. 

tidak perlu ada dia di facebook kau. atau adik beradiknya. atau sepupu sepapatnya. bukan aku mahu menggalakkan kau memutuskan silaturrahim, cuma ini untuk kebaikan kau juga. bagaimana mahu move on sedangkan kau masih mahu tahu malam ini dia keluar ke mana, dia pakai baju apa, rambutnya sikat style apa?

ya, aku tahu kau rapat dengan keluarganya. tapi kau kena faham, walau apapun terjadi, they are related by blood. walau apa pun yang si dia buat kepada kau, mereka mungkin akan marah, mungkin akan menunjukkan simpati, mungkin akan memujuk kau supaya bersabar, namun at the end of the day mereka tetap berpihak kepada si dia. kau sudah tiada, si dia ada yang lain, mereka akan berbaik pula dengan yang baru. kau hanya cerita lama. dan tidak lama lagi, facebook keluarganya pun akan keluar gambar-gambar si dia berbahagia. 

sedang luka masih berdarah, tidak perlulah.walau kau sedang sunyi sepi mahukan teman, JANGAN call dia. walau kau degil mahu tahu perkembangan si dia dan buka facebooknya, JANGAN unblock dia. nanti bila kau sudah move on dan rasa cukup kuat, maka barulah kau boleh cuit sini sana. 

don't establish any kind of contact either direct or indirect AT ALL. 


bagi kau, kau hanya concern dan rindu. bagi dia dan orang lain di sekelilingya, kau hanyalah some desperate lonely pathetic woman who needs to get a life. 

ya, akan ada masa-masa kau jadi lemah sekejap-sekejap. aku pun bukanlah dapat 100% pada awalnya. cuma belajarlah sikit sikit untuk hidup tanpa pengetahuan tentang si dia. lama-lama kau akan terbiasa tidak megetahui perkembangan si dia. 

2. DON'T RUSH TO FIND A NEW GUY/REBOUND


antara silap kita-kita adalah mencari rebound. selalunya antara niat kita mencari rebound adalah kerana 

a) kita mahu balas dendam. kita mahu tunjuk yang kita pun masih cukup hot untuk mendapat yang baru. kita mahu tunjuk kepada dia dan kepada dunia yang kita sudah move on. kita mahu tunjuk yang kita sudah cari pengganti si dia. 

b) kita mahu yakinkan diri sendiri yang kita masih layak untuk dicintai dan disayangi. kita mahu tunjuk kepada diri sendiri yang kita masih dicari dan didamba. being desirable to the male species boost our ego. our self worth. 

c) kita mahu cepat cari pengganti supaya kita tidak sunyi lagi. setelah lama berteman, bila tiba-tiba keseorangan, sudah tentu rasa tidak senang. tidak biasa. maka kita mahu orang yang baru supaya dia boleh mengisi kekosongan yang ada. 

d) and who knows, if we get lucky, we might get a decent guy to have a serious relationship with. (one in a million chances)

I'm a big fan of rebound, itu aku akui. makanya aku tidak boleh terlalu harsh dalam memberi tips ini. rebound are bad news but it can be good in a way. 

bad newsnya, bila kau cuba terlalu cepat untuk mencari pengganti, kau tend to compare. kau masih ada si dia ini dalam hati, dan bila kau cuba paksa diri kau menyayangi yang baru ini, kau akan mula membandingkan. 

si dia dulu selalu bagi aku bunga, yang ini tidak.
si dia dulu selalu buat kad pelbagai corak untuk aku, yang ini tidak. 
si dia dulu selalu keluar pakai bergaya, yang ini tidak.

dan akhirnya, si dia itu juga yang menang. dan hati kau makin sayang, makin rindu dan makin sakit mahukan si dia. mula timbul satu persepsi yang kau tidak akan jumpa lelaki yang sama macam si dia. dialah dream guy, dialah yang perfect. and we are back to square one. 

dan kau, dengan niat mahu melupakan, cuba memaksa diri untuk bermesra dengan yang baru ini. walau kau tidak tahu yang baru ini hanya mahu mempergunakan kerana dia tahu kau kesunyian. dan kau hanya bersetuju. kau fikir kau akan move on lagi senang kalau kau bersetuju. maka terjadilah dosa-dosa yang tidak perlu aku terangkan di sini.

dan yang baru ini, bila hatinya sudah mula sayang (kalaulah), niat di hati sudah berkenan, baru mahu menarik tangan kau untuk ke step yang seterusnya, kau sudah mula menjauhkan diri. dan si dia berkecil hati. dan tanpa sedar, kau sudah melukakan sekeping hati, just like he did to you. 

bagi aku, kau mahu keluar, boleh. kau mahu lepak pergi makan tengok wayang, boleh. cuma bear in mind, and let it be obvious to the other person, yang niat kau hanya untuk berteman, supaya diri kau tidak terperuk di dalam bilik menangis seorang diri mengenangkan hari yang tak pasti. maka ini bukan rebound, sekadar teman untuk have fun.:)

no comparison. know your limits. and make it obvious that you are not looking for something serious. not just yet. 

3. DON'T TRY TO MOVE ON TOO QUICK

Kadang-kadang kau rasa pressure, bila sudah berbulan namun kau masih termenung ingat si dia. kau lihat sekeliling, kau banding diri kau dengan orang yang putus cinta juga. mereka sudah gembira, kenapa senyum kau masih samar-samar manisnya? kenapa air mata masih laju mengalir? kenapa sakit di dada masih terasa pedihnya?

Rome  is not built in a day, sayang. 

ini soal hati. soal hati bukan boleh dipaksa. soal luka sembuh tak sembuh itu bukan ada tempoh limitnya. tidak ada peraturan tetap yang katakan kau perlu recover dalam masa 2 bulan atau 3 bulan atau 3 bulan setengah. setiap orang ada threshold mereka yang tersendiri. ada yang berbulan sudah mampu tersenyum riang. ada yang bertahun hatinya masih berdarah. hati kau, hanya kau yang tahu. 

take your own sweet time to recover. 


bagi masa untuk luka di hati sembuh, sayang. tidak perlu tergesa-gesa mencari bomoh untuk luka cepat bertaut. hati yang luka, kalau ditambah lagi garam, walau tidak makin dalam, kan sakit rasanya. 

usah risau melihat yang lain sudah ke hadapan dengan teman baru. akan ada masa untuk itu semua. satu satu dulu. fokus kepada moving on, selepas itu baru kau boleh fikir untuk cari yang baru. hati hanya ada satu. otak hanya ada satu. bagi peluang hati dan otak itu berehat setelah sekian lama diperah emosinya. 

cuma kau perlu tolong diri sendiri. tidak boleh menyerah pada masa. memanglah time heals everything, tapi kau pun perlu melangkah ke hadapan dengan kaki kau sendiri, bukan berharap pada jarum itu bergerak dan kertas kalendar itu dikoyak untuk kau sembuh. 

***

aku masih ada banyak lagi tips yang perlu dikongsi, cuma kerja-kerja kahwin yang belum diselesaikan memanggil-manggil nama aku. kejap-kejap lagi aku sambung lagi ya. 

p/s: lagu moving on yang paling baik dan kegemaran aku;


'And I'm done with my graceless heart, 
so tonight I'm gonna cut it out and restart, 
Cause I like to keep my issues drawn, 
It's always darkest before the dawn...'


*teaser:)


No comments: